Saya tak boleh jejak bayaran anak saya sendiri. Jadi saya bina sistemnya.

Anak saya main bola dalam NFDP. Yuran diurus atas Excel dan WhatsApp, dan saya sendiri tak pasti bayaran saya dicatat. Itulah permulaan TerasBola.

Fahmi Paridin
Fahmi Paridin
Pengasas, Keria Byte Solutions
Diterbitkan
Masa membaca3 minit
Seorang ibu atau bapa memegang telefon dengan senarai sembang WhatsApp di tepi padang bola, kanak-kanak bermain di kejauhan

Satu soalan yang saya tak boleh jawab: "Sudah bayar ke belum?"

Anak saya bermain bola dalam NFDP. Dua tahun sebelum bajet NFDP ditarik, saya sudah perasan satu perkara yang mengganggu saya, dan ia bukan tentang bola.

Sebagai bapa, saya susah nak tahu ke mana wang pergi, dan sama ada bayaran anak saya sudah dicatat.

Pengurusan guna Excel dan WhatsApp sahaja. Bayaran masuk melalui pindahan bank, tunai dan tangkap layar dalam kumpulan sembang. Bila saya tanya, jawapannya bergantung pada siapa yang sempat semak.

Pasukan ATSA U8 selepas perlawanan pada 2025, kanak-kanak berjersi biru menunjukkan pingat bersama jurulatih dan ibu bapa
Pasukan ATSA U8, 2025. Bola sepak peringkat akar umbi menjadi hidup kerana ibu bapa, jurulatih dan pengurus yang meluangkan masa dan wang.

Bila wang tak nampak, kepercayaan yang hilang dahulu

Ibu bapa jarang marah secara terbuka. Mereka senyap, dan mula bertanya sesama sendiri:

  • "Yuran bulan ni sebenarnya berapa terkumpul?"
  • "Duit ni pergi mana?"
  • "Kenapa kita tak pernah nampak laporan?"

Pengurusan mungkin jujur. Tetapi bila rekod hanya ada dalam fail seseorang, kejujuran pun tak dapat dibuktikan. Ketidakpastian itu sendiri sudah cukup merosakkan hubungan antara ibu bapa dan pengurusan.

Masalah yang paling saya tak setuju: kutipan liga

Satu perkara menyedarkan saya betapa kacaunya cara ini: cara wang liga dikutip.

Yang dikutip hanyalah daripada pemain yang bermain minggu itu.

Padahal, bila ibu bapa sudah bersetuju anak mereka menyertai liga dan nama sudah didaftarkan, komitmen itu sepatutnya terikat pada ibu bapa yang meletakkan nama, sama ada anak hadir atau tidak pada hari perlawanan. Pasukan tetap membayar yuran liga, jurulatih tetap dijadualkan dan slot perlawanan tetap ditempah. Kos tak berkurang kerana seorang pemain tak datang.

Bila kutipan ikut kehadiran mingguan:

  • yang rajin hadir menanggung lebih;
  • jumlah yang terkumpul berubah-ubah setiap minggu, jadi pengurusan sukar merancang;
  • setiap kali ada pertikaian, yang jadi "jahat" ialah orang yang menyimpan senarai.
Perbandingan dua cara kutipan liga: kutip ikut kehadiran mingguan berbanding komitmen tetap ikut pendaftaran
Kutipan ikut kehadiran berbanding komitmen yang ditetapkan ketika pendaftaran.

Excel dan WhatsApp bukan musuh. Ia cuma tidak dibina untuk kerja ini.

Excel bagus untuk jadual. WhatsApp bagus untuk berbual. Tetapi kutipan yuran yang telus menuntut:

  • satu peraturan kutipan yang sama untuk semua, bukan keputusan ad hoc setiap minggu;
  • rekod bayaran yang boleh dilihat penjaga sendiri;
  • resit dan status yang jelas: bayar, belum, tertunggak;
  • laporan yang boleh ditunjukkan bila ditanya.

Apa yang kami ubah dengan TerasBola

Saya bina TerasBola, platform pengurusan kelab bola sepak Malaysia, daripada soalan seorang bapa.

Salah satu masalah yang kami selesaikan: menyeragamkan cara kutipan liga. Komitmen ditetapkan sekali ketika pendaftaran, bukan dikira semula setiap minggu mengikut siapa yang datang. Penjaga nampak sendiri apa yang perlu dibayar dan apa yang sudah dibayar.

Paparan kutipan yuran TerasBola di komputer, menunjukkan status bayaran setiap pemain: sudah bayar, belum bayar dan tertunggak
Paparan bil penjaga TerasBola di telefon, menunjukkan yuran yang perlu dibayar dan bayaran yang sudah direkodkan

Kenapa kisah ini penting kepada pemilik perniagaan lain

Kelab bola saya tak unik. Mana-mana organisasi yang mengutip wang daripada ramai orang atas Excel dan WhatsApp akan sampai ke titik yang sama: kerja bertambah, kepercayaan berkurang.

Penyelesaiannya tak perlu mewah. Ia bermula dengan satu peraturan yang jelas dan satu tempat rekod yang semua orang boleh lihat. Itulah cara kami bekerja di Keria Byte Solutions: kami mulakan dengan masalah sebenar, bukan dengan teknologi.

Anda ada kutipan atau proses yang masih atas Excel dan WhatsApp?

Beritahu kami apa yang anda urus sekarang. Kami akan beritahu sama ada ia patut dibina, atau tak perlu.

Hubungi kami melalui borang atau WhatsApp, dan kita mulakan dengan masalah yang anda hadapi hari ini.

Fahmi Paridin

Fahmi Paridin

Pengasas, Keria Byte Solutions

Fahmi membawa lebih 15 tahun pengalaman seni bina enterprise dan transformasi digital ke dalam dunia SME. Melalui Keria Byte Solutions, beliau membina sistem AI yang berfungsi dalam operasi sebenar.

KongsiWhatsAppLinkedIn

Mahu bincang tentang perniagaan anda?

Ceritakan apa yang anda urus sekarang. Kami akan beritahu dengan jujur apa yang patut dibina dahulu, dan apa yang tidak perlu.